Syaurah Ishak Profile Banner
Syaurah Ishak Profile
Syaurah Ishak

@ishak_syaurah

Followers
4,897
Following
264
Media
354
Statuses
2,646

Founder Nasyrah Consultant | Lepasan Ijazah Sarjana Muda Tahfiz & Qiraat KUIS | Penulis Buku Aku & Al Quran | Instagram @ syaurahishak | Tiktok : syaurahishak

Joined May 2021
Don't wanna be here? Send us removal request.
Explore trending content on Musk Viewer
Pinned Tweet
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Salam perkenalan buat teman-teman baru. Kita perkenalkan diri sikit ya. Syaurah Ishak | Saya menetap di Selayang bersama keluarga tercinta | Belum berkahwin | Saya sangat suka berkongsi perihal hafazan | Penulis Cerita Budak Tahfiz dan juga Aku & Al-Quran.
Tweet media one
3
25
311
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Kata Mizz Nina : “Ibadah paling lama itu ialah perkahwinan. Maka carilah pasangan yang mahu sama-sama perbaiki diri, agar Syurga itu semakin mendekat”
7
9K
14K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
8 months
Melihat fenomena solat subuh macam Jumaat yang dibawa oleh Alif Satar, cemburu rasanya. Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa mengajak ke arah kebaikan, ia memperoleh pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan pahala mereka yang
1
3K
7K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Bersendirianlah, carilah asbabnya. Pasti akan ditemukan.
Tweet media one
2
3K
6K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Mana mungkin orang yang menjaga hubungannya dengan Allah akan ‘malas’ dengan al-Quran. Duduklah bersendirian dan bermuhasabahlah. Hanya kita dengan Allah yang tahu.
Tweet media one
1
2K
5K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Semalam sebelum tidur,saya dengar saya ceramah ini.Kata ustaz: “Sepanjang 19 tahun saya uruskan jenazah, itulah jenazah paling berseri saya pernah jumpa. Amalannya istiqamah bangun qiamulail (tahajud + taubat tak ditinggal)” Hakikatnya; bangun 1/3 malam ini susah, tapi nikmat.
4
1K
4K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Bismillah @TwtJodohMY . Saya terlalu sibuk bekerja sehingga tidak punya kesempatan untuk berkenalan dengan orang dan jenis orang yang sangat berhati-hati untuk kenal orang. Kalau nak tahu lebih banyak tentang saya, boleh tengok di instagram. Saya aktif di ig @syaurahishak
Tweet media one
Tweet media two
Tweet media three
179
2K
4K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
3 years
Kalaulah sudah sekian lama tidak membaca al-Quran, apatahlagi mengulang al-Quran; usahakanlah dua perkara ini. Pertama, banyakkan istighfar. Bukan cuma di lisan, tetapi di hati. Kedua, wajibkan diri baca al-Quran satu hari satu muka surat sehingga ‘rasa’ itu datang kembali.
5
2K
4K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Bagaimana manage masa untuk al-Quran?
Tweet media one
7
2K
4K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
I’m just wanna share my thought tentang cari jodoh✌️
Tweet media one
29
2K
4K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
3 years
Pasti ada sebab, percayalah. Cari.
Tweet media one
0
2K
3K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Bangun 10 minit sebelum subuh. Solat tahajjud dua rakaat. Solat sunat sebelum solat subuh (qabliyyah). Solat subuh. Baca Quran satu muka surat. Berbahagialah kamu setelah itu.
5
1K
3K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Jika berhajat untuk jogging (tolonglah): Kaum wanita, sila pakai baju yang menutup punggungnya. Kaum lelaki, sila pakai seluar yang pnjangnya di bawah lutut.
22
927
3K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Hari ini hari Ashura + hari Jumaat. Sangat istimewa. Ayuhlah kita banyakkan bersedekah, banyakkan selawat, baca surah al kahfi dan berpuasa (kalau tidak mampu, belanja orang berbuka puasa). Moga الله mengampuni dosa-dosa kecil kita di tahun lalu. Ameen!
2
1K
3K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Moga kamu baik-baik sahaja.
Tweet media one
10
1K
2K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Buat kamu yang sudah lama tidak buka Quran. Buka dan bacalah. Ketahuilah di akhirat kelak, kita tersangatlah mengharapkan Quran sebagai peneman. Entah bagaimana Quran mahu menjadi peneman di sana, andai di dunia susah sekali kita bersamanya 💔
0
1K
2K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Kata ayah : “Kita yang masih hidup ni kalau bosan, boleh pergi ke sana sini. Cuba bayangkan orang yang dah meninggal dunia. Kalaulah kuburnya tidak menjadi taman Syurga, bagaimanalahkan ?” Sambung ummi : “Untuk itu, bersederhanalah dengan kehidupan dunia ini”
1
939
2K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Kata ustazah Asni : “Takdir bukan untuk difikir, tetapi untuk ditempuh dengan tawakal. Takdir itu kerja الله. Kerja kita mencari mampu dalam melalui takdir itu” Me : “Percayalah segala yang telah tertulis hanya kerana الله mahu beri yang terbaik untuk kita”
4
1K
2K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Jangan lupa baca al-Quran ya hari ini. Sibuk kita dengan dunia ini memang tidak akan pernah habis sehingga kita dijemput oleh Allah. Dapat 5 minitpun dah nikmat.
4
683
2K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Teruslah berbuat kebaikan. Kita tidak tahu, kebaikan manakah yang menjadikan kita manusia paling beruntung. Tidak rugi menjadi orang baik. Allah Maha Melihat. Tidak ada satupun terlepas daripada pandanganNya.
2
1K
2K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Saya percaya bahawa orang yang sedang memperbaiki kualiti solatnya, dia sedang memperelokkan kehidupannya. Tidak lama lagi, kamu akan temui apa yang kamu cari; berbahagialah.
2
866
2K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Sampai bila perlu mengulang Quran? Sampai mati. Bukan sampai ingat. Sekalipun harini kita ingat, tidak ada jaminan yang esok kita masih ingat. Iya, sampai mati. Ambil syahadah juga bukan jaminan. Masuk musabaqah pun bukan jaminan.
1
594
2K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Malulah kalau kita bangun pagi semata untuk pergi kerja dan tidak punya rasa bersalah meninggalkan solat subuh, sedangkan الله jualah yang memberi rezeki. Mungkin nampak senang di dunia, tetapi bagaimana kehidupan akhiratnya? Sedangkan akhirat itulah kekal abadi.
0
835
2K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
5 months
Semoga الله kurniakan kita pasangan yang tahu menjaga batas dengan yang berlainan jantina. Tidak berhubung, tidak berjumpa tanpa sebab. Akhir zaman ini; susah untuk menemukan orang sebegini.
4
670
2K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Kalau kalian belum mampu bangun qiamulail, maka mulalah dengan mengerjakan solat sunat sebelum subuh sebab Rasulullah SAW bersabda : “Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya”. (Riwayat Muslim) Dikerjakan selepas azan subuh, sebelum solat fardhu subuh.
0
567
2K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Kata Ustazah Oki : “Saya malu untuk tidak bangun tahajud, sedangkan الله sangat baik pada saya. Allah memakbulkan doa saya ketika mana ibu saya diuji dengan kesihatan di Kota Mekah.” Moga kita juga punya rasa begitu. Baiknya الله ini, sehingga tidak mampu kita senaraikan. 🥹
1
502
2K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
10 months
Apapun bersederhanalah dalam mempamerkan kebahagiaan kita dengan pasangan. Semuanya pinjaman الله dan ada mata yang melihat, menginginkan kehidupan seperti itu. Akhirnya sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan. والعياذ بالله. Kitapun tidak tahu apakah ujian kita kelak.
1
1K
2K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Menjaga hubungan dengan الله itu adalah segala-galanya. Trust me. الله beri ujian pada kita hingga terkadang kita hilang arah, bukan untuk menyakiti kita. Tapi الله nak mengajar kita apa itu bergantung sepenuhnya pada Dia. Once you faham, itulah nikmat terbesar dalam hidup you.
3
616
1K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Kata ustaz, “Carilah perhatian الله” Sangat singkat. Tapi 🥹
0
390
1K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Untuk perbaiki kehidupan, mungkin kita boleh mula dengan beberapa perkara ini : 1. Tahajud 2 rakaat. 2. Baca Quran 2 muka surat. 3. Solat sunat sebelum subuh. 4. Solat subuh. 5. Pergi kerja dengan hati yang tenang.
1
508
1K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Kata Al Habib Zainal Abidin : “Amalan yang menguatkan seseorang hamba dengan الله ialah berharap. Jangan sesekali putus harapan dengan الله.” الله selalu ada. Tidak pernah meninggalkan.
0
586
1K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Orang lain istikharah untuk memilih pasangan. Kita istikharah untuk memilih kerja. Rezeki kita tidak sama. Apapun rezeki kita; bersyukurlah yang akan menjadikan kita manusia beruntung. Tidak punya sifat syukur hanya akan membuatkan kita rasa yang kita tidak cukup.
3
531
1K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
3 years
Bila kita akan ingat 30 juzuk?
Tweet media one
0
444
1K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Sihat ni nikmat. Selagimana Allah pinjamkan nikmat sihat, rajin-rajinkanlah baca Quran. Boleh baca Quran ni juga salah satu nikmat. Tidak semua orang dapat pinjaman nikmat ini.
2
655
1K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Bacalah Quran sebelum atau selepas subuh; nikmatnya berbeza. 🥹 Sibuk dengan hal dunia memang tidak akan pernah habis. Usahalah untuk adakan sedikit masa untuk Quran, walau cuma 10 minit. Barakah hidup itu mahal harganya.
2
473
1K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Dapat sahaja gaji, terus diselesaikan semua bayaran komitmen. Hanya الله Maha Memahami bagaimana lapangnya hati. Dapat gaji, jangan seronok sangat. Selesai dulu apa yang wajib. Jangan pula orang sengsara disebabkan kita. (yang faham je faham) 👀
3
449
1K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Kalau dah lama sangat tidak mengulang Quran dan buntu untuk bermula daripada mana. Cadangan saya, mula dengan mencabar diri untuk bangun seawal jam 5 pagi semata untuk mengulang Quran. Buat selama satu bulan. Sibuk ni, tidak akan ada penyudah. Nak atau tidak, itu sahaja.
2
396
1K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Dalam hidup ini; 1. Jangan bercakap banyak pada sesuatu yang belum pernah kita tanggung. 2. Tidak perlu buang masa bercerita sesuatu hal untuk difahami oleh semua orang. Kebanyakan orang bukan mahu memahami, tetapi mahu mencari salah.
1
619
1K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Kata ustaz, “Seharusnya orang beriman itu, orang yang paling bahagia kerana dia percaya bahawa setiap takdir kehidupannya ditentukan oleh Tuhan yang Maha Baik” Kata Rumi : “Aku mencintai masalahku kerana aku tahu yang memberi aku masalah juga mencintaiku”
2
464
1K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Moga الله mencabut segala ‘rasa yang tidak best’ pada hati kita terhadap manusia lain.
0
622
1K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Jangan lupa; doa minta pada Allah supaya Allah beri kita kekuatan untuk mengulang Quran sehinggalah kita dijemput الله. Doa juga agar Allah selalu berikan rasa nikmat dengan Quran. Moga dengannya, kita istiqamah dengan al-Quran sehinggalah akhir kehidupan kita.
0
575
1K
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Sebenarnya penat tau jadi orang yang malas dengan Quran sebab hati kita meronta-ronta, punya rasa kosong yang hanya diri kita dan الله sahaja faham. Tapi itulah, nak penat di dunia atau di akhirat? Penat di akhirat lagi menyeksakan 💔
1
325
999
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Hidup ini singkat. Jangan terlalu sibuk dengan kehidupan dunia sehingga tiada masa untuk kehidupan akhirat. Tiada masa untuk baca Quran. Tiada masa untuk solat. Ingat selalu; perginya kita menghadap الله kelak, perlu punya bekalan. Kehidupan di dunia cuma sementara.
0
473
971
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
3 years
Orang hafaz al-Quran ini bukan orang biasa-biasa. Ia merupakan pilihan daripada Allah. Tidak ada istilah kebetulan. Untuk itu, jangan biasakan hari berlalu tanpa al-Quran. Moga Allah mencampakkan rasa nikmat bersama al-Quran pada kita semua.
3
232
951
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Biarpun penat mengulang Quran yang entah berapa kali diulang, tetapi sekurang-kurangnya Allah penatkan kita pada jalan kebaikan. Satu perniagaan yang tidak akan sia-sia (Fatir:29) Itu satu rahmat besar. Bila sampai limitnya nanti, Allah yang akan rehatkan kita nanti.
0
313
927
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Buat adik-adik yang masih dipinjamkan nikmat suasana al-Quran, hargailah ia sebaiknya. Ketahuilah realitinya; kami yang telah lama meninggalkan suasana al-Quran sangat merindui akan ‘nikmat’ itu. Tersangat-sangat rindu. 💔
0
271
884
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Sekarang ini; fasa sesibuk macam manapun dengan urusan dunia, mesti punya masa untuk kehidupan akhirat sebab realitinya, ramai dijemput الله secara mengejut. Takut الله menjemput empunya diri dalam keadaan tidak punya bekalan.
2
421
891
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Calon suami.
Tweet media one
6
291
867
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Dalam perkahwinan, kita memerlukan sang suami yang memahami kita sebagai penghafaz al-Quran. Suami yang bukan hanya mengingatkan, “Sayang, dah mengulang?” Tetapi sang suami yang memberi kita ruang ‘me-time’ bersama al-Quran. Nikmat tidak terkata!
0
200
772
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Terkadang; bila kita terlalu penat dengan dunia, datang rasa rindu untuk bertemu Tuhan. Tetapi, dunia ini memang tempat berpenat lelah. Moga kelak, kita kembali pada Allah dengan kerehatan yang abadi.
3
311
758
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Semakin dewasa ni, definisi bahagia juga berbeza. Saya bahagia bilamana dapat : 1. Solat awal waktu 2. Bangun tahajjud 3. Beri wang pada kedua orang tua setiap hujung bulan 4. Belanja makan orang sekeliling 5. Baca Quran 6. Duduk lama selepas solat (ada ruang untuk zikir)
1
247
752
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Syarat utama untuk istiqamah ialah dengan memaksa diri. Paksa diri untuk disiplin. Nak istiqamah mengulang Quran? Paksa. Nak istiqamah baca Quran? Paksa. Dannn paling penting, jangan lupa minta supaya Allah anugerahkan nikmat dalam ketaatan. Nikmat paling mahal!
0
423
747
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
UPSR - 5A PMR - 9A SPM - 7A3B1C Asasi Pengajian Islam - 3.97 CGPA Ijazah Sarjana Muda Al Quran dan Al Qiraat - (tak ingat pointer, tapi menerima Anugerah Pelajar Terbaik Kos di Hari Graduasi hehe) Sekarang : Penulis Buku + Pengasas Nasyrah Consultant + Speaker tentang hafazan
Tweet media one
@samruzone
sem ⛅️
1 year
UPSR - 3A1B1C PMR - 3A4B1c SPM - 1A4B1C2D1E Diploma In English - 3.59 CGPA Sekarang? ✨ Fulltime digital illustrator ✨
Tweet media one
Tweet media two
27
242
2K
6
85
743
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
3 years
Saya pernah berada pada titik, menyesal dengan tindakan sendiri yang asyik menyalahkan diri tidak ingat al-Quran, tetapi saya tidak buat apa-apa tindakan. Saya tahu saya yang kurang rajin, tetapi saya tidak mengubahnya. Hanya meratapi. Kesian diri saya yang dulu.
2
189
714
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Selagi kita ada masa untuk scroll media sosial, jangan sesekali sebut tiada masa dengan al-Quran. Bukan masa yang tiada, tetapi kita yang tidak pandai menguruskan masa. Kita tidak menjadikan ia salah satu keutamaan dalam hidup.
0
267
704
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
9 months
🥹
Tweet media one
0
300
700
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
@wallawaniey @TwtJodohMY @SyaurahIshak Saya tak rushing pun kak. Banyak tempat dah saya travel. Banyak hajat kedua orang tua telah saya tunaikan dan kahwin ini juga salah satu hasrat mereka. Saya sangat enjoy dengan life saya walaupun single sebab banyak hasrat saya dah tercapai . Impian kita mungkin tak sama 😊
2
48
698
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
3 years
Ramai penghafaz al-Quran mengambil jalan selamat dengan hanya membaca al-Quran, tanpa usaha menghafaz kembali ayat yang telah dilupakan. Ketahuilah bahawasanya membaca dan berusaha untuk ingat (mengulang) itu, dua perkara yang berbeza. Wajib ada usaha, bukan cuma membaca.
2
197
686
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
TIP 28 : Nak istiqamah dengan Quran, syaratnya mudah. Jangan biarkan satu hari berlalu tanpa pengulangan. Tak kisahlah ada semangat ke tidak. Paksa. Gagal buatni, jangan mimpi nak istiqamah mengulang. Jangan berangan nak masyi Quran.
1
293
685
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Pilihlah suami yang punya matlamat sama dalam mendidik anak-anak. Jika mahu anaknya menghafaz Quran, pilihlah suami yang berkehendak begitu sekalipun dia tidak menghafaz Quran kerana syarat melahirkan zuriat yang menghafaz Quran, tidak semestinya ibu ayahnya juga perlu hafaz.
0
286
666
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Bila diminta dimurahkan rezeki, jangan dikeluh kerja yang banyak. Mungkin inilah definisi : “Wahai الله, murahkanlah rezeki hamba daripada jalan yang tidak pernah disangka” Fuh! الحمد لله على كل حال
0
289
663
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Hidup ini sangat singkat.Kita perlu solat hanya di dunia.Susah payah untuk istiqamah dengan Quran pun hanya ketika hidup. Untuk itu, usahalah sehabis baik untuk menjaga keduanya agar pulangnya kita pada الله untuk kerehatan yang abadi. Bukan lagi untuk kesusahan yang berpanjangan
2
307
660
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Jangan takut untuk meninggalkan seseorang yang membuatkan kita hilang pertimbangan antara dosa dan pahala. Meninggalkan kerana Dia, pasti sampai masanya nanti akan digantikan dengan yang jauh jauh lebih baik. Percayalah.
0
306
645
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Semoga tahun ini menjadi tahun akhir kita semua tanpa pasangan. Namun biarlah tahun hadapan, kita bersama pasangan yang menjadi asbab semakin dekat empunya diri dengan Allah. Bukan menjauhkan. Kalaulah dia menjadi asbab kita semakin jauh dengan Allah, bersendirian itu lebih baik.
4
295
650
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Tip Lupa Hafalan : 1. Sentiasa mengatakan tiada masa untuk mengulang, tetapi ada masa untuk tengok media sosial. 2. Tanya tip sahaja, tetapi tidak buat apa-apa. 3. Sentiasa tiada semangat, tetapi mahu ingat al-Quran. Pelik. 4. Tidak bermula.
2
185
640
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Hakikatnya, “Semua orang boleh hafaz Quran. Tetapi tidak semua orang dipilih الله untuk hafaz 30 juzuk Quran kerana Quran 30 juzuk itu diberi pada yang mampu” Kalaulah kita terlalu lambat dalam menghafaz, bagaimana? Teruskan atau sebaliknya?
4
151
642
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
🥹
Tweet media one
0
162
620
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Sekalipun kamu pernah khatam bacaan al-Quran, itu bukan tiket untuk jarang-jarang buka dan baca Quran. Cukuplah 3 bulan kamu tinggalkan bacaan Quran, kamu akan rasa betapa susahnya untuk menyebut setiap huruf itu 💔
0
231
620
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Kata Ust Wadi : “Hanya orang yang bodoh akhirat sahaja akan iri hati dengan kekayaan, kejayaan juga kemasyhuran orang lain kerana hakikat semua itu hanyalah sementara dan sifatnya hanya seketika.” Moga Allah menjaga hati kita semua.
2
277
612
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Kita tumpang seronok bila melihat anak orang sangat berakhlak. Terbayang bagaimana didikan ibu ayahnya. Sebab itu, memilihlah dalam mencari pasangan. Kita bukan cuma memilih pasangan, tetapi kita juga memilih ibu/ayah untuk anak-anak kita. Baik anaknya, saham akhirat kita.
0
287
609
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Hukum lupa hafalan ayat Quran. Sumber portal : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Tweet media one
1
262
611
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
3 years
Jangan pernah berani mencutikan diri sendiri daripada bacaan al-Quran agar tidak menyesal di kemudian hari. Mati kita nanti, kita pun tidak mahu al-Quran memilih hari untuk menemani kita di dalam kubur.
0
208
585
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Bacalah Quran selagi punya kesempatan. Ketahuilah, itu salah satu nikmat terbesar dalam hidup.
0
226
582
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Aiman Azlan selalu bagitahu dalam sharing beliau : “kita sabar dengan satu tempoh yang kita tetapkan. Kalau dalam tempoh tersebut tidak berbalas, maka sedarlah diri”😂 Apapun, jangan buang masa. Belajarlah menghargai diri dengan memilih siapa yang berhak dapat masa kita.
@bckupacc99
ًِ
1 year
If dia tak balas chat kita, kita kena sabar or sedar diri ?
38
51
195
1
312
579
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Raya 2023. Tahun lepas bujang. Tahun ini masih bujang. Jika ada yang bertanya tentang status, chill sahaja. Minta mereka doakan. Jodoh ni aturan Tuhan. Sejauhmana kita usaha, tetapi jika bukan masanya;tetap tidak akan dipertemukan. Jalan terus, bahagiakan diri sendiri + keluarga
7
261
578
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Kalau dah lama sangat tak mengulang Quran, bulan puasa ni ambillah kesempatan untuk cuba istiqamahkan hafaz semula sekurangnya satu hari separuh muka surat. Kita cuba cari kekuatan untuk usaha kembali ingat Quran semula. Kalau bukan di bulan ni, bila lagi? Kan.
1
213
547
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Renungan bersama pagi ini ✨
Tweet media one
0
223
553
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Syarat utama untuk konsisten mengulang Quran ialah sanggup meluangkan masa. Kalau nak cerita sibuknya kita, memang sehingga dijemput Allah tidak akan punya masa untuk Quran. Beza tau orang yang melapangkan masa untuk Quran dengan orang yang menunggu masa lapang untuk Quran. 🥲
0
224
538
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Formula ingat al-Quran : Rajin mengulang + Disiplin mengulang = Ingat al-Quran Pantang makan + Malas mengulang = Tak ingat al-Quran Dapat tip ingat al-Quran + Masih dengan alasan = Tak ingat al-Quran
2
155
530
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
3 years
23 tahun, makan seorang diri. Rasa something. 😂
Tweet media one
16
47
539
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Orang baik tidak akan pernah rugi; sekalipun dia tidak dihargai oleh manusia lain, tetapi Allah Maha Melihat setiap kebaikan yang dibuat. Allah hargai setiap kebaikan itu. Jadi, jangan penat untuk menjadi orang yang baik.
4
278
529
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Tiada kawan untuk bercerita masalah? Allah ada. Tiada duit? Kerja keras. Penat? Rehat. Tidak mahu tidur selepas subuh? Jangan baring selepas solat subuh. Hidup ni sebenarnya simple. Terkadang kita yang buat ia jadi complicated. Jangan hanya complaint tentang hidup.
2
182
521
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
3 years
Tubuh dan otak meronta untuk berehat, tetapi otak terus berfikir dan bekerja. Letih.
0
257
522
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Nak ingat Quran, harus ada dua perkara: 1. Kesungguhan 2. Sanggup korban masa Dan keizinan daripada Allah (InshaAllah) Soalannya ; Berapa banyak masa yang kita korbankan untuk Quran? Sejauhmana kesungguhan kita dengan Quran?
0
152
519
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
‘Bagaimana untuk bercinta dengan al-Quran?’ Tidak membiarkan hari berlalu tanpa al-Quran. Tiada hari cuti untuk al-Quran. Mungkin boleh mula dengan itu. Orang yang mencintai sesuatu akan menjadikan apa yang dicintai itu sebagai keutamaan dalam hidup.
0
179
511
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
6 months
Nikmat terbesar di bulan Ramadan ini, bagi penghafaz Quran yang ingat hafalannya ialah dapat mengulang Quran dalam solat. Nikmat yang orang lain tidak akan mengerti. Sedangkan orang yang tidak ingat hafalannya, diselimuti dengan perasaan serba salah. “Hm ayat mana ni?”
0
130
495
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Tentang jodoh.
Tweet media one
2
222
483
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Sabar.
Tweet media one
0
97
473
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Bagaimana untuk dicintai al-Quran? Usaha untuk merasakan al-Quran sebagai sesuatu yang sangat kita perlu dalam hidup. Tidak ada jalan lain melainkan meluangkan masa bersamanya. Tidak ada hari yang berlalu tanpanya.
0
170
469
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
“Berapa lama dah mengulang juzuk yang sama?” Soalannya ringkas, tetapi sangat menyakitkan. Hanya yang faham sahaja akan ‘faham’. Itulah, Terkadang kita lupa yang al-Quran ada 30 juzuk. Bukan hanya juzuk 30 dan juga bukan hanya juzuk 1.
0
121
471
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Apapun selalu percaya; jika dia lah yang tertulis sebagai jodoh kita, pasti dan pasti Allah menggerakkan kedua hati itu. Moga pasangan kita kelak menjadi asbab Syurga itu semakin mendekat🤍
Tweet media one
3
239
475
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
10 months
Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Sedikit mencabar sebab setiap kali selesai tasmik, akan ditebuk maksud (hehe) kerana itu mengambil sedikit masa. Satu pengalaman yang sangat menarik.
Tweet media one
3
73
457
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Rugilah kalau Allah telah memuliakan kita dengan memilih kita untuk hafaz 30 juzuk al-Quran, tetapi kita memilih untuk tidak usaha menjaganya. Jangan kita sengaja buangkan diri kita daripada list ‘ahli Allah’. Rugi dunia dan akhirat.
1
138
466
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Kata ustaz Adi Hidayat : “Sepanjang kita beriman, mesti ingat akhirat sebab itulah tempat kita pulang. Dunia ini cuma tempat kita bertugas. Tugas mencari bekalan”
0
193
461
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Semakin kita faham tentang hakikat dunia : Kurang minat kita dalam merespon semua perkara. Ada perkara, kita memilih untuk berdiam sebab mungkin hari ini, dia diuji. Suatu masa nanti, الله uji kita pula. Terkadang pelik dengan orang yang memberi komen seolah tiada hari akhirat.
1
247
444
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Bacalah al-Quran walau cuma satu muka surat, satu hari. Jangan sesekali meninggalkan ia supaya kelak (hari akhirat), al-Quran juga tidak membiarkan kita keseorangan.
0
161
430
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Baca Quran banyak-banyak tau sepanjang 10 hari terawal Zulhijjah ni. Kalau dapat usahakan untuk khatam, lagi bagus. Usaha buat yang terbaik untuk menjadi hamba yang terbaik. Manfaatkan sebaiknya peluang ini. Ok?
2
122
426
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
2 Ramadan: Antara nikmat terbesar bagi orang hafaz al-Quran (menjadi makmum solat) ialah bilamana mendengar bacaan yang dibaca oleh imam ketika solat teraweh, dengan senang hati kita boleh mengikut bacaan imam. Nikmat yang tidak mampu dijual beli!
0
97
422
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Salah satu nikmat bilamana Allah masih beri rasa ‘serba salah’ tatkala tidak baca Quran. Ada orang yang sudah hilang ‘rasa’ itu. Baca al-Quran atau tidak, harinya sama sahaja. Tiada beza 💔
0
150
417
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
1 year
Sampai satu masa, segala yang kita usahakan akan meninggalkan kita kecuali 3 perkara ; sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan anak soleh. Usahakanlah kerana hakikatnya; orang hanya akan tangisi kita pada hari kematian kita sahaja, selepas itu cerita kita dengan الله. 🥹
0
191
400
@ishak_syaurah
Syaurah Ishak
2 years
Antara tip mantap al-Quran : Tidak ada hari yang dicutikan daripada al-Quran.
0
131
394