IsmailSabri60 Profile Banner
Ismail Sabri Profile
Ismail Sabri

@IsmailSabri60

Followers
503K
Following
668
Media
5K
Statuses
15K

Official Twitter of Ismail Sabri Yaakob, 9th Prime Minister of Malaysia 🇲🇾

Bera, Pahang
Joined June 2010
Don't wanna be here? Send us removal request.
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
1 day
Saya berharap YAB Perdana Menteri membawa cadangan untuk memartabatkan Bahasa Melayu di rantau ini pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada minggu depan. Semoga SAABM akan diteruskan pada tahun-tahun depan bagi memastikan bahasa Melayu terus dijulang.
0
0
1
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
1 day
Ketiga, melancarkan ‘Bulan Bahasa Melayu ASEAN’ pada bulan Ogos setiap tahun sempena ulang tahun penubuhan ASEAN dengan bagi mempromosikan penggunaan Bahasa Melayu di rantau ini.
0
0
0
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
1 day
Pertama menubuhkan kumpulan bertindak di peringkat tertinggi ASEAN. Kedua, mempergiat⁠⁠⁠ kerjasama tiga hala antara Malaysia, Indonesia dan Brunei sebagai negara teras penutur Melayu.
2
0
1
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
1 day
Malaysia yang memegang tampuk Kepengerusian ASEAN tahun ini harus memainkan peranan penting dalam memastikan Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kedua ASEAN. Bagi mencapai hasrat tersebut saya mencadangkan tiga langkah.
1
0
0
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
1 day
Simposium yang bertemakan Bahasa Melayu Mengangkat ASEAN ini dianjurkan Pertubuhan Aspirasi Bahasa Melayu Malaysia (PABMM) dengan kerjasama beberapa rakan strategik dari Indonesia dan Thailand.
1
0
0
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
1 day
Hari ini saya merasmikan Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu (SAABM) Kali Ke-4 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
1
2
11
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
5 days
Marilah kita sama-sama berdoa agar anak-anak ini akan cemerlang di masa hadapan.
0
0
1
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
5 days
Selain itu, YKM turut menyediakan bantuan seperti Hadiah Kecemerlangan SPM, Bantuan Menara Gading, Sumbangan Perayaan, Bantuan Awal Persekolahan dan lain-lain. Hampir 1000 anak-anak berada di bawah jagaan YKM.
0
0
1
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
5 days
YKM menyalurkan bantuan bulanan kepada anak-anak yatim akibat COVID-19 sehingga mereka berusia 18 tahun atau tamat pengajian ijazah sarjana muda yang pertama.
1
0
1
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
5 days
Kami percaya bahawa pendidikan ialah kunci untuk mengubah nasib dan masa depan mereka. Saya difahamkan, Malaysia melalui YKM merupakan satu-satunya negara di dunia yang terus menjaga kebajikan anak-anak yatim COVID ini.
1
0
1
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
5 days
Menginsafi keadaan sedemikian, saya menubuhkan YKM, bukan sekadar untuk menjaga kebajikan mereka, tetapi juga untuk memastikan pendidikan mereka terjamin.
1
0
0
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
5 days
Kebanyakan anak-anak ini datang daripada keluarga susah. Tidak semua bernasib baik, dan ramai yang hidup dalam serba kekurangan, bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi juga dari segi peluang masa depan.
1
0
0
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
5 days
Selepas pemergian ibu bapa, ada yang terpaksa tinggal bersama datuk atau nenek yang sudah lanjut usia dan tidak mampu bekerja. Dalam banyak kes, tiada sumber pendapatan tetap untuk menampung kehidupan mereka.
2
0
0
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
5 days
Hanya lambaian kepada kereta jenazah yang melalui hadapan rumah mereka. Trauma kehilangan tanpa perpisahan terakhir ini sangat mendalam.
1
0
0
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
5 days
Idea ini tercetus selepas melihat sendiri bagaimana keadaan anak-anak yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 ketika seluruh dunia mengalami pandemik tersebut. Anak-anak ini tidak berkesempatan melihat wajah terakhir insan tersayang kerana tidak dibenarkan melawat di hospital.
1
0
0
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
5 days
Dalam sesi temubual eksklusif bersama hos Haizir Othman di segmen Interviu Sinar Harian, saya berkongsi tentang idea penubuhan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM).
1
2
6
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
8 days
Saya berterima kasih kepada pihak kerajaan khususnya YAB Perdana Menteri, CGS International Securities, ANGKASA, Hevea Pickleball Arena dan Decathlon yang telah menaja LKM2025.🤍✨
0
0
0
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
8 days
Saya juga menyeru kepada syarikat-syarikat GLC dan syarikat-syarikat korporat supaya membantu menyumbang bagi memastikan kelangsungan hidup anak-anak yatim dan yatim piatu ini. Sumbangan tersebut boleh mendapat pengecualian cukai. 🤍
1
0
0
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
8 days
Sekali lagi saya menyeru orang ramai untuk menyertai LKM melalui https://t.co/2bDInp5cfR. Harga ‘early bird’ sah hingga 7 Oktober 2025, dengan diskaun tambahan 10% menggunakan kod SINARLKM10 atau FMTLKM2025.
1
0
0
@IsmailSabri60
Ismail Sabri
8 days
Dalam pada itu, YKM turut meraikan 11 anak-anak yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi. Setiap mereka menerima sumbangan sebanyak RM2,500 bagi meringankan beban kewangan.💌
1
0
0