Astro Audio News
@AstroAudioNews
Followers
8K
Following
630
Media
36K
Statuses
69K
We're the voices behind the news updates for Astro Audio Channels 🎶🎤 Co Reg No : 199601031120 (403472-D)
Malaysia
Joined August 2015
Datuk Seri Najib Razak bakal mendengar keputusan mahkamah berhubung kes melibatkan dana 1MDB hari ini. Keputusan akan menentukan sama ada bekas PM itu akan disabitkan dan hukuman yang akan diterima selain hak merayu masih terbuka di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
0
0
1
Suspek utama dipercayai bunuh wanita yang mayatnya diletakkan dalam beg dan ditanam di belakang kediaman di Rembau, akan dituduh di Mahkamah hari ini. Ketua Polis N. Sembilan berkata seorang lagi individu, yang turut ditahan sebelum ini akan dijadikan sebagai saksi pendakwaan.
0
0
0
KPM memaklumkan kira-kira 8,000 sukarelawan telah dilantik bagi bantu pengendalian peperiksaan SPM tahun ini. Pihaknya berkata jumlah itu catat angka tertinggi sejak inisiatif tersebut diperkenalkan pada 2023 yang bertujuan meringankan beban tugas guru. #AstroAudioNews
0
0
0
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata semua pihak bertanggungjawab menjaga kebersihan bandar dan bukan hanya kerajaan atau PBT. Tambah Nga Kor Ming, tindakan lebih tegas akan dikenakan terhadap individu terlibat bermula 1 Januari depan termasuk denda sehingga RM2,000.
0
0
0
Mohd Shukri Ramli mengumumkan beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perlis sebentar tadi. Beliau yang juga ADUN Sanglang itu berkata, peletakan jawatan tersebut atas faktor kesihatan. #AstroAudioNews
0
0
0
Polis mengesahkan pihaknya sedang menyiasat dakwaan isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Bukit Aman berkata, siasatan dilakukan susulan laporan yang dibuat FAM, semalam. #AstroAudioNews
0
1
0
Speaker DUN Perlis akan memohon kepada SPR supaya diadakan PRK bagi tiga kawasan DUN di negeri itu. Ia berikutan kekosongan luar jangka akibat kemelut politik dalaman Perikatan Nasional yang menjejaskan majoriti kerajaan negeri. #AstroAudioNews
0
0
0
Nasib bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sama ada dibebaskan atau disabitkan kesalahan dalam empat kes rasuah dan 21 kes pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan RM2.3 bilion dana 1MDB akan diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada esok. #AstroAudioNews
0
1
0
Man United boss Ruben Amorim wants his players to step up while Bruno Fernandes recovers from injury. Amorim considers Fernandes as irreplaceable, as the player has created the most chances in the Premier League so far this season #astroaudionews
0
0
0
Bersempena Hari Krismas hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menolak kebencian dan memupuk empati demi keharmonian. #AstroAudioNews
0
0
0
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan dakwaan pengeluaran Kad Warga Emas Rasmi Malaysia susulan penularan maklumat palsu di media sosial dan WhatsApp. Terdahulu tular keratan akhbar palsu yang mendakwa permohonan kad tersebut boleh dibuat bagi menikmati pelbagai manfaat.
0
0
0
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil pada malam Sabtu ini sehingga jam 1 pagi. Lanjutan waktu operasi itu susulan beberapa acara & program yang akan berlangsung di Bukit Jalil.
0
0
0
Terdahulu, polis tahan suspek utama yang mempunyai 6 rekod jenayah lampau pada hari sama penemuan mayat berkenaan.
0
0
0
Polis sahkan mayat di dalam beg yang ditanam di belakang kediaman di Rembau, adalah wanita yang dilaporkan hilang di Ampang. Sehubungan itu, Ketua Polis Negeri Sembilan nasihatkan orang ramai tidak buat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan. #AstroAudioNews
1
0
0
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil individu beragama Islam yang disyaki terlibat dalam program "Interfaith Water Ceremony" bagi mendapatkan penjelasan berhubung penglibatannya. Kredit: Bernama #AstroAudioNews
0
0
0
Graduan perubatan dibenarkan guna gelaran doktor walaupun tidak berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia. Jom ikuti berita Edisi Pagi untuk Rabu, 24 Disember 2025. #EdisiPagi #AstroAudioNews
0
0
0
Full Self Driving Supervised drives like the best chauffeur imaginable Try it yourself at a nearby Tesla location
0
129
1K
Jelas Majlis Perubatan Malaysia (MMC), mereka boleh guna gelaran itu kerana ia mencerminkan kelayakan akademik seseorang. Namun, mereka perlu mendaftar dengan badan berkenaan jika mahu menjadi pengamal perubatan. #AstroAudioNews
0
0
1
Polis London tahan aktivis terkemuka, Greta Thunberg ketika menyertai satu demonstrasi menyokong tahanan Palestin yang melakukan mogok lapar. Penahanan itu menjadikannya individu berprofil tertinggi yang ditahan sejak kerajaan Britain mengharamkan kumpulan Palestine Action.
0
0
0
Bulan Sabit Merah sahkan kakitangan ambulans yang terlibat kemalangan di Setapak, KL kelmarin telah digantung tugas sementara bagi beri laluan kepada siasatan pihak berkuasa. #AstroAudioNews
0
1
1
Arsenal are through to the EFL Cup semifinals, after an 8-7 penalty shootout win over Crystal Palace this morning. The Gunners will next go on to face Chelsea in the last four while Newcastle will play Man City in the other semifinal tie. #AstroAudioNews
0
0
0
Freedom starts with choice. Choice starts with rational privacy. Fahmi Syed breaks down why Web3 needs Midnight’s architecture to enable real ownership, free association, and a more open ecosystem. Watch the full keynote.
2
8
58