Among these,
👩🏻👩🏼👩🏽👩🏾👩🏿👩🏻👩🏼👩🏽👩🏾👩🏿
👨🏻👨🏼👨🏽👨🏾👨🏿👨🏻👨🏼👨🏽👨🏾👨🏿
👧🏻👧🏼👧🏽👧🏾👧🏿👧🏻👧🏼👧🏽👧🏾👧🏿
👦🏻👦🏼👦🏽👦🏾👦🏿👦🏻👦🏼👦🏽👦🏾👦🏿
One has Depression,
One has Anxiety Disorder.
Find them.
.
Can’t find them?
Well, mental disorder is an invisible illness. You won't see them. All you can do is be nice.
Aku baru sampai UNIMAS, ada talk
Dalam kereta tadi, wife call. Ingat nak tanya khabar, rupanya,
"Bang, sotong kalau potong 2 jadi apa?"
Aku yang kenal kehambaran dia,
"Jadi 2?"
Salah
"Jadi Sot?"
Salah
"Dah tu?"
"Jadi sotongah."
Lepas tu terus bye.
Sanggup call wei! 😂😂
Tadi dalam kereta, wife drive.
Waktu traffic light dah hijau, aku perasan wife aku masih main telefon.
"Sayang, jalan la. Dah hijau."
Sambil dia turun handbrake dan tekan minyak nak gerak,
"Buat apa nak jalan. Kita kan ada kereta. Penat nanti."
😅
I married the right girl!
Pelaiar sekolah yang tipu Nilam dengan hanya baca sinopsis kat kulit belakang buku itu jauh lebih baik berbanding masyarakat yang hanya baca tajuk berita tanpa baca kandungan artikel.
I'm sorry.
Kalau anda lelaki dan anda tak basuh pinggan sendiri, kemas rumah, pandai menyapu, mop, memasak bila perlu, basuh lipat baju dan segala aktiviti rumah yang selalu dikaitkan dengan perempuan,
Anda tidak cukup lelaki.
I said what I said.
Imagine kalau anak kita nanti bandingkan kita dengan parents kawan dia.
"Kawan Along, ayah dia pakai Porche, tapi abah pakai Wira je."
.
Macam itu lah sakitnya seorang anak apabila dibandingkan dengan orang lain oleh ibu bapanya.
Thank you BTS.
I have so much respect for you guys in your effort to spread positivity and awareness about mental health.
I don't listen to any K-Pop song, but that doesn't mean I can't show my support to these great group of youngsters.
☺️
“Our LOVE MYSELF campaign is all about encouraging every young person to find the love from within themselves & spreading that love to others. We want everyone to take part in ending violence by sharing love & kindness”
@bts_twt
#ENDviolence
#BTSLoveMyself
Introvert is a personality, NOT a weakness.
Introvert enjoys being alone but they are not lonely.
It is just different way of our brain processes social pleasure system.
Here is a thread, a list of the POWER of being introvert.
Depression bakal jadi pembunuh kedua utama dalam kalangan anak muda menjelang 2020.
Terlalu serius sehingga tema kesihatan mental sedunia WHO tahun ini,
"Generasi Muda & Kesihatan Mental Dalam Arus Perubahan Dunia."
Soalnya, kenapa anak muda paling terkesan?
Ini ialah thread.
Bayangkan kau tengah jalan-jalan, tiba-tiba ada seorang lelaki minta ambilkan gambar dia.
Kau pun snap dan pass balik phone, jalan macam biasa.
Balik rumah, buka Insta, ada gambar Teme kat tempat kau ambil gambar tadi.
Baru kau sedar, rupanya Teme yang minta tolong tadi 😭
Ali : Phew! I feel so great today!
Alu : Really? Why?
Ali : Because I successfully woke up this morning and perform fajar prayer! ;)
Alu : Okay.. So before this, you rarely woke up for fajar?
Ali : ....😔
.
Moral:
Never kill someone's happiness by focusing on the negativity
Dulu aku selalu pertikai, kenapa sultan guna Duli Yang Maha Mulia? Allah je boleh Maha Mulia ni.
Then baru aku faham,
Duli = Habuk/Abu/Debu
Maha Mulia = Allah
Maksudnya, tinggi mana pun pangkat/darah orang tu, hanya ibarat habuk di mata Allah.
Fuh! Deep gila orang dulu-dulu!
Pesanan aku, nak makan benda ini kena jaga-jaga.
Tak boleh makan banyak, sebab nanti perut akan macam berisi, lepas tu mula la mulut keluarkan angin dengan bau tertentu dan kelopak mata akan jadi berat.
Senang cerita, kenyang sampai mengantuk sebab sedap sangat.
Kadang aku sedih juga la tengok doktor-doktor, nurse dan staf kesihatan kita di hospital berhumpas pulas deal dengan isu COVID-19.
Meanwhile, kat luar aktif pula ada konsert, perjumpaan, muktamar, perhimpunan etc.
Siap ada pesta melawat malaysia lagi!
alhamdulillah 10,000 botol Sambal Nyet semua dah sold out dalam 54 minit. Terima kasih semuaaa 😭 aku nak nangis but i can’t because i have work to do. inshaAllah 2-3 ribu botol pertama akan pos petang ni jgk 🙏🏻 Ya Allah takutnya nak bagi beribu orang rasa. Thank you again 😔❤️
Tip untuk melawan sifat suka bertangguh (procrastination)
Mulakan saja tugasan nak buat itu selama 5 minit. Tak perlu fikir nak habiskan.
Nanti sedar tak sedar, kita akan berterusan je siapkan
Sebab yang susahnya bukan tugasan itu, tetapi tindakan nak mulakan buat kerja itu 😁
Stop being rude to others and blame them "hati tisu" when they're sad
Stop labelling them "panas baran" when you are the one who provoke their anger.
Stop blaming the response from your action.
Remember. Newton 3rd Law, for every action, there's an opposite and equal reaction.
"Laaaa ko baru tahu ke?"
Antara ayat yang sangat tak sedap untuk kita balas kepada seseorang yang baru belajar sesuatu dan sedang excited nak kongsi apa dia tahu.
Elakkan lah.
Gambar 1, Chicken Chop, RM12.
Gambar 2, Chicken Chop Special, RM18.
Jauh jauh lagi berbaloi 😂
📍 Soul Crew Cafe,
Prima Saujana, Kajang
(Kedai favourite kami untuk dating sejak 2018)
Elakkan guna istilah "Tentatif" ketika hari program.
Tentatif bermaksud sesuatu yang belum tetap.
"Secara tentatifnya, kita akan makan jam 12."
Belum muktamad. Hanya sesuai untuk guna dalam proposal ketika nak rancang program.
Ketika hari program?
Gunakan "Aturcara Majlis."
Zaman Roman dulu, dorang tak ada huruf W dalam alphabet. Dorang juga tak ada huruf V.
Setiap kali nak tulis perkataan yang perlukan bunyi W, dorang akan tulis UU.
Contoh,
wakanda = uuakanda
So bila simbol W diperkenalkan, sebutannya masih lagi Double U, seperti huruf asal, UU
Petang tadi ada rider hon depan rumah.
Bukan pos laju, bukan J&T, bukan food panda dll.
Tapi lelaki berbaju biasa dan motor biasa.
"Saya ada jual kuih, bang."
Sebab faham sekarang musim ekonomi merudum, saya pun tanya apa yang dijual.
Dia excited, terus turun motor..
Riuh pula pasal BTS dalam Twitterjaya sejak akhir-akhir ini.
Sebuah kumpulan K-Pop yang disukai ramai remaja, juga ramai yang tak suka.
Aku?
Lebih tertarik dengan isu di sebalik BTS, apa yang mereka buat untuk raise awareness pasal Mental Health kat Korea.
Ini ialah thread.
Orang introvert, tak semestinya dia pendiam atau pemalu.
Dia pun boleh bising macam orang extravert juga,
Cuma dengan orang tertentu dan yang dia rapat je.
#KuasaSeorangIntrovert
"Ala, aku gurau je lah."
"It's just a meme."
"Toksah serius sangat."
"Rileks lah, main-main pun takleh?"
Usah menyorok di sebalik ayat ini untuk tutup kekurang-ajar-an kita dalam berbahasa.
Ada batasan dalam bergurau senda.
Patutnya Add Maths la subjek yang patut dikurangkan hours atau dimansuhkan 😭
Sampai sekarang tak tahu kat mana nak apply dy/dx dalam hidup sebagai dewasa.
Roadtax, bil elektrik, barang dapur dll tak ada pun guna formula alien tu 🥲
When my wife came to me in tears and cried on my shoulder because she almost missed her Zuhur prayer due to her immense works as a doctor, I smiled.
Because at that moment, I know I have chose the right girl.
😊
En Azmi dari Farm Fresh ni patut jadi contoh para penaja. Tak gila mic, tak gila naik stage, tak terkinja-kinja, tak de kontrovesi.
Bercakap bila slot dia tiba, tak rampas mic pengacara.
Kudos Farm Fresh.😀
Dan kalau ada mana-mana ahli keluarga dipatuk ular, tolong oh tolong sangat-sangat ambil gambar ular itu, atau kalau dah dibunuh, bawa bangkai nya bersama ketika ke wad emergency hospital.
Ia mampu menyelamatkan nyawa mangsa, supaya doktor boleh tahu apa jenis bisa ular itu.
Ular Masuk Rumah
Orang Tua selalu pesan jika ada ular yang tersesat masuk ke rumah kita, JANGAN sesekali terus membunuh ular itu tanpa sebab. Hendaklah memberi amaran kepada ular itu terlebih dahulu dengan kata-kata begini..
Dulu aku pernah angkat tray untuk buang sisa ke tong sampah Burger King
Ada suara stranger perli,
"ELEH ACAH-ACAH CIVILISED!"
I don't know what possessed me at that moment,
Aku terus jeling tong sampah tadi macam cari benda,
"Eh ada sampah bercakap."
Terdiam terus dia! 😂🤣
Hari tuh I ada masak wantan untuk my dad dekat 40 ketul & habis dalam masa sehari.
So hari ni, my mom bagi besen terus letak semua ingredients, masak banyak sikit sebab boleh letak dalam freezer 😂
Best homemade wantan ni sebab kita pilih ingredients sendiri 😍
Honestly, I'm really okay with this.
Graduate Law daripada London School of Economics (LSE)
Pernah masuk list Forbes untuk Asia's Top 30 under 30
Ada empayar bisnes yang banyak networking (sampai deal tudung corak Disney - ingat senang ke nak tembus brand Disney?)
I wonder, how many students actually lost their interest in education because of online class system, but not because they don't want to study.
There is a difference between these two reasons.
Pernah tak lalu tol Touch N Go dan kereta depan, baki tak cukup?
Kereta belakang berderet panjang dan kalau undur, memang kena hon maki.
Ada solusi - bagi dia hadiah.
Turun kereta, jalan pergi depan, tolong tap untuk dia.
Sedekah untuk dia dan sedekah permudah urusan orang :)
Lelaki dan Perempuan itu berbeza. Bukan sekadar tubuh badan, tetapi juga psikologi dan cara pemikiran.
Thread kali ini, kita sembang sikit pasal beza dua jantina ni. Tapi ingat, ini bukan:
1. Generalisasi
2. Stereotaip
3. Sexist
Ini cuma populasi umum saja, okay? Kita chill.
Dear muslim husband out there,
If you really love your wife and truly care about her feelings,
You will never make a polygamy joke.
Not to her,
Not to your friends,
Not ever.
Ramai juga yang reply,
"Aku dulu kena juga bantai, rotan, terajang bla bla dengan mak bapak aku. Okay je sekarang membesar jadi orang."
NO, YOU DID NOT TURN OUT TO BE OKAY!
YOU GREW UP BECOMING A NON EMPATHETIC NON HUMANE WHO ENABLE THE VERY SAME ABUSE THAT YOU WENT THROUGH.
Adik mak mertua aku dari Terengganu singgah rumah, nak tumpang tidur sebab akad nikah anak dorang esok kat KL.
Waktu tengah dinner, aku tanya "Walimah kat mana esok?"
"Dewan SPRM."
"Oh maksudnya esok tak boleh salam bagi duit la kan?"
Satu meja semua berhenti makan.
Tolong delete tweet ini.
Saya sudah berbulan-bulan gunakan perangkap yang sama dan memang ternyata berkesan.
Banyak dah lipas saya perangkap dan bunuh dalam kereta saya.
Tolong delete tweet ini.
Saya tak nak nanti lipas baca dan dia tahu pasal perangkap ini.
Farm Fresh tak nak keluarkan Susu Pisang ke?
Susu Kurma dah super sedap, pisang bila lagi?
Asalkan bukan susu pisang yang hanya guna perisa pisang tetapi tiada kandungan pisang.
Kepishangan kami menanti keluarnya produk susu pisang oleh Farm Fresh.
Introvert selalu disisihkan, dianggap personaliti tak baik, anti sosial, tak berjaya dalam kerjaya dll.
Ada sesetengah introvert sendiri kalau boleh nak bertukar jadi extravert.
Thread kali ini nak cerita, kekuatan sebenar seorang introvert. Be proud lah!
(Ulang siar)
"Pendiam."
"Anti sosial."
"Susah buat kawan."
"Tak pandai bercakap."
Macam-macam label negatif dan salah faham orang bagi pada golongan introvert.
Kebanyakannya, salah faham sebenarnya.
Ini ialah thread, mitos-mitos popular mengenai golongan introvert.
Harap sangat Ismail Sabri pergi tengok wayang dalam masa terdekat ini. Ada banyak cerita best nak keluar tak lama lagi.
Baru lah SOP wayang akan dipinda 😊👍🏻
Pukul anak sejak kecil,
Marah anak untuk benda kecil,
Tengking sana sini,
Tak hargai usaha keras anak dalam pelajaran,
Selalu bandingkan orang lain,
Dan banyak lagi.
Kemudian pelik dengan generasi sekarang tak sihat mental sampai perlu jumpa psikiatris/psikologis klinikal.
😐
Ada kajian yang tunjuk purata masa seseorang itu berusaha ke arah mencintai seseorang (suasana romantik, obses dengan kemaruk rindu dll) hanya selama 2 tahun.
Maksudnya lepas 2 tahun, akan mula pudar perasaan tersebut.
Sebab itu penting untuk selalu refresh perasaan cinta kita.
Pernah tak korang follow seseorang di Twitter sebab ingatkan tweet dia best, bermanfaat dan positif (sebab pernah viral satu tweet dia macam tu)
Tapi rupa-rupanya, satu tu je yang baik.
As time goes by, banyak mengarut & toksik. Lalu korang pun kecewa dengan expectation sendiri
Kalau in case tak dapat call 999 sebab tak ada line, korang boleh call 112 sebagai kecemasan.
Dengan syarat, mesti guna handphone dengan simcard yang masih aktif.
Talian masih akan disambung ke 999, tetapi tak bergantung kepada line coverage seperti kebiasaan calling.
Malaysia : Kurangkan keluar rumah. PKP dikuatkuasakan. Duduk rumah diam-diam!
Orang Ramai : Oh no.. Apa nak buat kalau tak boleh keluar? Nak lepak? Bosannya duduk rumah je :(
Introvert : Oh, maksudnya macam hari biasa saya selama ini kan? 🤭
Ini ialah thead mengenai introvert.
Waktu keluar result kat sekolah dulu, mesti ramai suka tanya result.
"BI ko berapa?"
"Fizik ko camne?"
"Bio ko lulus tak?"
.
Aku pun join,
"Wei, agama ko berapa?"
"Tak tinggi. 58 je 😣."
"Pergh. Banyak siot. Aku ada 1 agama je."
HAHAHA 😂
Jahat/Lame gila aku time sekolah.
Part tinggal solat tu hit me really hard.
😭
I have seen my wife went thru it. Whenever she told me she misses her prayer, automatically I understand that it has been really a long and hectic day for her.
Because only something really huge and life-related thing can do that.
Semalam pasar raya penuh orang kerana panic buying.
Hari ini TBS pula sesak.
Masing-masing membawa pulang virus itu ke kampung halaman masing-masing.
Definitely defeat the purpose of perintah kawalan pergerakan, social distancing, avoid mass area, untuk flatten the curve.
😭
"Awak bila nak kahwin?"
"Makcik pula bila nak meninggal?"
Same mentality, different generation.
Now we know how it feels bila generasi lebih muda beri jawapan sebegini bila pakcik makcik nak borak berbasa-basi.
Budak beraya datang rumah. Aku tanya la anak sapa.
“Anak orang la bang. Takkan anak binatang.”
Aku taktau la aku cakap dengan orang ka binatang. Adab takda lansung especially dengan orang yang hang tak rapat.
Bila-bila rasa sedih, murung, kosong, hidup tak bermakna:
Randomly belanja orang. Waktu beli kat kedai, bagitau cashier anda nak bayar orang selepas anda.
Perasaan bantu seseorang tanpa dia minta, lebih seronok berbanding jika dia minta dan kita bantu.
You will feel good.
Family isteri saya daripada bapa sampai ke anak bongsu semuanya doktor.
Yang menariknya, walaupun dorang mampu untuk bersalin di hospital private, semuanya pilih untuk lahir di hospital awam.
Sebab dorang sedia maklum kalau berlaku apa-apa, hospital kerajaan jauh lebih pakar.
Introvert is not the same as being shy.
Shy is about fear of social judgement,
While introvert is the difference in how they respond to social stimulation.
Often we thought it's the same because huge number of introverts has both of these traits.
But it's not the same.
Dalam malam ini (atau esok), mungkin saya akan buat bebenang mengenai ujian yang boleh semak tahap Burnout masing-masing (ujian psikometrik yang sahih)
1. Prepare kertas dan pen
2. Baca bebenang sambil jawab
3. Kira skor, tahu tahap Burnout sendiri.
Okay tak?
Sebenarnya tak wujud istilah "multi tasking".
Otak manusia tiada kemampuan untuk buat dua atau lebih tugas secara serentak.
Yang lebih tepat sebenarnya ialah "task switching", iaitu kemampuan otak manusia untuk bertukar-tukar fokus antara dua tugasan berbeza.
#TriviaAP
Kita dah masuk tahun 2020.
Boleh tak kita hentikan budaya cium-cium bayi orang lain yang bukan anak kita sendiri?
Faham yang kita geram tengok bayi itu comel dan rasa nak cium-cium.
Tapi apabila bayi itu sakit, demam atau jangkitan sebab air liur kita, nak bertanggungjawab ke?
Ada tonton video khutbah Nouman Ali Khan. Takut sangat satu ayat ni,
"Di akhirat nanti ada dua je penyesalan. Ahli syurga yang menyesal sebab tak beramal lagi banyak, dan golongan neraka yang menyesal sebab tak sempat bertaubat."
😥
Kalau anda rasa guna Bahasa Melayu tanda mundur dan negara takkan pergi jauh, sila tonton Space Sweepers di Netflix.
Filem Korea Selatan, kerjasama Hollywood.
Sepanjang cerita, pelakon Korea rileks je berbahasa Korea, dengan mat saleh berbahasa Inggeris.
Berbual seperti biasa.
“Boleh ke introvert berkahwin dengan ekstrovert?”
“Kalau dua-dua introvert pula? Tak ke senyap je hubungan itu nanti?"
“Dua-dua ekstrovert berkahwin, mesti nanti bising dan kecoh je rumah tangga!”
Ini ialah thread, topik personaliti manusia dari perspektif hubungan romantik.
Teringat aku pada "Nasi Lemak Anak Dara".
Jual tanpa lesen juga.
Tapi sebab cantik dan muda, jadi viral, masuk berita dan lain-lain.
Sampai Menteri pun turun padang serahkan borang pada si anak dara tu untuk apply lesen.
The power of being 'cantik'.
😅
Some students don't realise this,
But when you're already tepu/penat studying during the night, have a sleep first helps a lot.
Especially if you follow the 90 minutes rule.
It's better to let your mind rest first,
Then come back to study with more effective brain.
Truestory.
Ini palsu sebenarnya dan tak ada kaitan dengan otak kanan atau kiri lebih dominan pun.
Malah, teori otak kanan kreatif otak kiri logik itu pun sebenarnya pseudopsikologi (psikologi palsu)
Nampak warna putih pink atau biru hijau sebenarnya berkaitan benda lain.
Ini ialah thread
Saya selalu tak faham mengenai ini.
Kenapa harmless jokes di Twitter yang biasa buat kita tersenyum, biasanya berakhir menjadi kecaman dan cacian di FB?
Introvert selalu disisihkan, dianggap personaliti tak baik, anti sosial, tak berjaya dalam kerjaya dan paling dahsyat,
Ada sesetengah orang introvert sendiri kalau boleh nak bertukar jadi extravert.
Thread kali ini nak cerita, kekuatan sebenar seorang introvert. Be proud lah!
Jangan bangga cakap diri OCD. Kalau tiada diagnosis dan hanya suka tengok kemas/seimbang/sewarna, itu mungkin personaliti perfectionist saja 😅
OCD itu penyakit mental, dan ada kitaran kemurungan dan kegelisahan berterusan.
Dan orang OCD tak suka pun ada OCD, sebab seksa 😅
I hate this kind of anxiety.
Jantung berdegup laju,
Nak bernafas pun dada rasa sakit,
Tidur pun susah sebab otak keep on thinking,
Setiap kali trigger muncul, boleh rasa degupan semakin menghentak dada.
But I have to accept it as part of myself. Denying it won't do any good.
"Stop overthinking."
"Tak payah anxious sangat."
Tahu tak,
Bila kita nak tolong member kita yang overthink dengan ayat macam tu, takkan membantu.
Sebab nak legakan pemikiran banyak ni, kita kena validate dan acknowledge dia ada kat situ.
Lagi kita paksa stop, lagi dia naik.
Imagine you're in the middle of giving talk and you realise this 16 minutes after her last text.
😭
My wife and my son are in the hotel while I'm still in the middle of my sharing session.
It's a 22 minutes drive from UTM to the hotel.
I try to call her but no response.
Dah lebih setahun kita semua kelas online kan?
Daripada tadika, sekolah sampai la ke universiti.
Tahu tak, ada satu istilah dalam psikologi, merujuk kepada tekanan dan gangguan kesihatan mental yang berkait rapat dengan penggunaan teknologi?
Namanya "TECHNOSTRESS"
Thread.
Sama juga dengan SESETENGAH orientasi mengarut di universiti.
Sampai sekarang aku tak faham kenapa perlu "perbudakkan" generasi muda dengan aktiviti sampah seperti kumpul sign, nyanyi gedik dll.
For fun?
Come on. Mahasiswa mahasiswi ialah bakal ketua negara.
Saya sebenarnya tak berapa percaya dengan keberkesanan "kem motivasi."
Kem motivasi sekolah, UPSR, PT3, SPM, kem lepasan SPM.
Apa sebenarnya objektif kem motivasi? Tak jelas.
Bina keyakinan? Tingkatkan prestasi akademik? Bina skil bercakap? Bina kepimpinan?
Dalam kita sibuk dengan hal orang,
Nak gembirakan hati orang,
Jangan lupa diri kita juga.
Kita juga berharga,
Kita juga bermakna,
Kita juga layak untuk bahagia.
Jangan bencikan pada individu yang kita nampak dalam cermin itu.
Self care is not selfish.
You are worth it too.
When you're taken, married and in love, you're in better shape. Not physically speaking, but on emotional level.
You found someone to be vulnerable with, to talk, have sweet moment etc, in private.
Because of this, you're able to be more emotionally balance and mature in public
Dah jadi trend pula ramai suka kat husband orang.
Fikir macam ni la ya.
Husband orang ni memanglah nampak polished tau tapi tu sebab ada wife dia urus serba serbi. Pandai mengayat & sweet? Sebab wife dia bagi experience. Nampak financial kukuh? Sebab wife top-up situ sini 🤷🏻♀️
Depressed people = ❌
People with depression = ✅
Autistic child = ❌
Children with Autism = ✅
American Psychological Association (APA) telah tetapkan panduan sebegini.
Kenapa? Supaya ayat itu fokus pesakit yang perlu dirawat, dan bukannya penyakit itu sebagai label mereka.
Kalau lah ibu bapa faham betapa rapuh psikologi anak-anak ketika kecil ini dan betapa besar impak boleh membawa ke dewasa,
Nescaya tak berlaku tengking suara tanpa sebab, pukul sehingga mendera, membanding-bandingkan anak atau lain-lain lagi yang boleh membawa kecederaan emosi.
My wife is a HO, and she goes to work at 5am until 10-11pm, with only one day off per week.
When I can only be with her just for an hour everyday, I don't really mind that she doesn't cook for me.
Everyone has their own story.
Tak masak bukan maksud "not isteri enough."
:)
Stress lah masih perlu jawab soalan begini.
Dah masuk separuh tahun 2022.
Kes masalah kesihatan mental naik mendadak sejak pandemik.
Tapi masih perlu hadap stigma macam ni 😩
Pernah tak korang dah buat sehabis baik yang korang mampu, but always end up macam tak berjaya?
Rasa macam the world is against you sampai korang rasa lebih baik give up saja. No use in trying anyway.
Introvert is a personality, NOT a weakness.
Introvert enjoys being alone but they are not lonely.
It is just a different way of our brain processes the social pleasure system.
Here is a thread, a list of the POWER of being introvert.
(Republish)
Introvert selalu disisihkan, dianggap personaliti tak baik, anti sosial, tak berjaya dalam kerjaya dll.
Ada sesetengah introvert sendiri kalau boleh nak bertukar jadi extravert.
Thread kali ini nak cerita, kekuatan sebenar seorang introvert. Be proud lah!
(Ulang siar)
"Dapat tahu ada kawan yang kemurungan teruk. Dia sendiri bagitau kita."
Apa yang kita boleh buat sebagai seorang kawan?
Percaya atau tak, kita tak perlu jadi pakar psikiatris psikologis pun dalam situasi ini. Kita hanya perlu buat steps ini.
Ini ialah thread.
Anak saya dah mula babbling dan perkataan dia pandai sebut, "baba" dan "papa."
Isteri saya jeles.
Tahu macam mana dia 'balas dendam'?
Dia selalu buat-buat tanya anak,
"Adam berak ke? Adam nak siapa tukar pampers?"
Agak-agak apa jawapan anak kami?
😅🤣
Genius punya isteri.