Aku dah ada pengalaman syarikat melingkup, jadi ini sensitif untuk aku. Aku alami first hand, tengok kawan2 hilang kerja, terpaksa buat macam2 kerja untuk survive. Aku sendiri jual buku kesayangan dan kerepek ubi untuk survive.
Sensitif sikit hal Noh ni. Kalau aku ulas akhirnya aku akan tanya balik, berapa ramai yang baca dan beli artikel aku yang menulis tentang muzik, tiada soalan peribadi, selama hampir dua tahun
Sebab media tetaplah organisasi perniagaan yang perlu untung untuk bayar gaji pekerja.
Aku menulis tentang hal muzik dengan Loque, letak di muka depan sisipan hiburan hari Ahad. Prestasinya di online? Aku tak dapat akses analytics web tapi di Facebook, ini saja hasilnya. 167 likes dan 6 share.
Bayangkan kalau cerita pergolakan rumah tangga artis.
Aku pernah cakap, kalau aku in charge of Pancaindera, aku takkan buang segmen gosip. Sebab segmen itu yang datangkan pulangan kewangan.
Selama Rondivu wujud pun, aku rasa segmen gosip yang biaya kewujudannya. Rondivu ni macam CSR, tak untung tapi kena ada untuk educate.
Noh sound terus wartawan yang tanya soalan peribadi, aku okay. Itu hak dia. Tapi aku takkan salahkan wartawan tu. Kalau dia balik tak ada story yang editor nak, kerja dia dalam bahaya. Kalau editor tak ada story yang boleh jual paper, portal, kerja dia dalam bahaya.
Dilema ni aku tak harap orang awam boleh faham. Kami dalam industri media ini saja yang faham. Memang media proper inilah yang kena tanggung segala caci maki, lepas tu nanti ada musibat yang buka portal copy story kami, orang baca dari portal dia. Dia tak kena maki.
Nak ubah industri muzik kita ni jalannya panjang. Bukan senang. Kita boleh guna jalan radikal, ubah kewartawanan hiburan kepada kewartawan muzik seluruhnya, tapi macam mana nak create demand untuk kewartawanan muzik? Nanti ada portal murahan teruskan story2 hiburan-
-picisan, orang beralih ke sana. Media yang ada rugi, mana nak dapat duit bayar pekerja?
100 artikel muzik di sisipan hiburan bahasa Melayu paling popular, apa kesannya kepada industri? Tak ada kesan yang jelas kan? Tapi aku tahu jalannya panjang, jadi aku kena sabar.
Aku tahu ada yang support Rondivu, beli paper dan baca di online. Terima kasih banyak. Tapi realitinya, aku belum mampu nak buat impak yang besar. Kita bukan majoriti, kawan. Berapa saja pulangan kewangan yang Rondivu bawa kepada syarikat aku setiap minggu?
Cuba tanya orang di sekeliling kau, berapa ramai yang tahu kewujudan Rondivu? Aku rasa yang dalam scene pun tak semuanya tahu. Jadi hal kewartawanan muzik vs kewartawanan hiburan ni, itulah yang aku boleh cakap.
Aku harap orang terus support apa yang aku buat-
-supaya perubahannya perlahan-lahan membesar. Aku tak boleh cakap banyak sebab aku pun tak mampu lagi nak bawa perubahan besar. Mudah kata, 100 artikel ditulis tapi masih gagal. Maaflah tapi itu realitinya.