@inirondivu
KU SYAFIQ
2 years
Hal-hal muzik, yang lebih dipedulikan ialah faktor luar muzik. Gosip, perilaku dalam media sosial, paras rupa. Benda ini akan mengikis penghargaan muzik. Generasi baharu akan dewasa dengan penghargaan muzik yang tipis dan semakin menipis. Kalau dibiar, muzik kita kering harga.
1
149
519

Replies

@inirondivu
KU SYAFIQ
2 years
Bagaimana bermulanya kehancuran industri muzik? Apabila hal-hal luar muzik lebih dipeduli berbanding muzik sendiri, dalam program/hebahan/sembang2 berkenaan muzik. Ya, aku sedang bercakap tentang kegilaan program Big Stage bawa masuk Iqbal sebagai peserta.
1
2K
4K
@inirondivu
KU SYAFIQ
2 years
Adakah Iqbal terpilih kerana kemampuan muzikalnya? Tak. Tak ada hujah boleh benarkan penyataan ini. Dia tak layak lagi jadi penyanyi. Tapi dia dah terbitkan single dan videonya dapat tontonan ratus ribu. Inilah kegilaan industri muzik kita yang menghampiri kehancuran.
1
47
318
@inirondivu
KU SYAFIQ
2 years
Ini bukan baru terjadi. Dah dipupuk lama sampai jadi budaya. Media main peranan besar dalam hal ini (dan ini datang dari aku, pengamal media sendiri). Banyak hal yang buruk dalam industri kita, Big Stage ni baru sebahagian kecil.
1
13
135
@inirondivu
KU SYAFIQ
2 years
Banyak pertandingan menyanyi jemput entah siapa2 jadi juri. Pengamal dan akademia muzik kita yang berpengalaman tak dipandang pun. Muzik tak pernah diambil berat sedangkan muzik main peranan besar dalam hidup manusia, dan muzik ada potensi ekonomi dan kuasa.
1
34
174
@inirondivu
KU SYAFIQ
2 years
Kita boleh cakap kegilaan ini perlu berhenti di sini tapi ia tak akan berhenti. Ini pertempuran mendaki. Tak ramai yang sanggup ikut. Ramai yang kutuk-kecam industri, kemudian blah dengar lagu luar saja. Ada isu dia kutuk lagi dengan harapan orang perasan kewujudan dia.
1
14
101
@inirondivu
KU SYAFIQ
2 years
Yang terus berjuang: pengamal muzik yang terus bikin barang berkualiti walaupun tahu stesen tivi besar tak akan pandang pun usaha dia. Para pembuat bising yang terus bikin content walaupun nak dapat 1,000 subscriber pun cukup susah.
1
12
103
@inirondivu
KU SYAFIQ
2 years
Beginilah nasib jadi pemuzik berkualiti di Malaysia. Bila pandemik datang tutup pintu rezeki, orang sikit pun tak peduli. Tapi terus juga bikin lagu, bikin album. Macam lipas, dipijak-pijak tak mampus. Stesen tivi pula pergi angkat entah siapa2 masuk pertandingan menyanyi.
1
25
118
@inirondivu
KU SYAFIQ
2 years
Macam mana nak ubah? Aku pun tak tahu. Aku cuma boleh buat apa yang aku rasa patut dan berharap ia beri impak. Kalau kawan media aku buat benda sama, aku sokong. Sama2 berharap ia boleh beri impak.
1
11
68
@inirondivu
KU SYAFIQ
2 years
Banyak dah penghinaan kepada muzik berlaku dalam Malaysia ni tapi aku cuma mampu pejam mata dan buat apa yang aku patut buat. Yang bagi view sampai ratus ribu tu pendengar juga, takkan nak habiskan energy maramara saja. Jalan terus sajalah, yang bangang biar ia kekal bangang.
1
31
86
@inirondivu
KU SYAFIQ
2 years
Takdak apa nak promo. Boleh pergi pinned tweet untuk baca artikel saya tentang muzik tapi tu la, dah lama tak update. Kalau nak baca terbaharu boleh pegi Utusan Online dan search Rondivu.
1
6
45
@inirondivu
KU SYAFIQ
2 years
Kalau nak tahu barang muzik Malaysia yang berkualiti, boleh try dengar album ni. Follow mereka @ALiminOfficial
1
37
121
@inirondivu
KU SYAFIQ
2 years
Begitu juga album ni. Follow mereka @dwtry_my
1
17
51
@inirondivu
KU SYAFIQ
2 years
Beli Mingguan Malaysia esok untuk versi yang lebih teliti, tersusun dan bermaklumat
Tweet media one
0
0
1