@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Kita puji usaha menggunakan bahasa Melayu di pentas antarabangsa oleh Tuan Ibrahim dan kita kekallah memantau hasil kerjanya sebagai Menteri Alam Sekitar dengan kritis. Begitulah sepatutnya kita menilai sesuatu dengan rasional, tak lebih memuji dan tak lebih mengeji.
1
31
104

Replies

@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Mata kita kalau silau lihat cahaya yang sedikit, maknanya ada yang rosak. Begitu juga akal. Kalau baik sikit kita fikir baik seluruhnya; atau buruk sikit kita fikir buruk seluruhnya, ada yang rosak.
1
2
10
@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Usaha itu belum boleh dianggap memartabatkan bahasa Melayu. Kita tak mahu gempita di dunia luar tapi dalam negara masih sunyi. Nilai ilmu, ekonomi dan politik bahasa Melayu perlu ditambah baik dalam negara dulu, baru kita puas hati.
1
6
12
@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Waktu ini, beritahu aku, apa untungnya menjadi seorang yang boleh berbahasa Melayu dengan baik di Malaysia? Peluang kerja pun tak besar. Sedangkan sewajibnya, ada sekumpulan manusia yang fasih hukum bahasa Melayu di setiap kementerian.
1
6
10
@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Mereka ini yang sepatutnya menulis, menterjemah dan menyunting setiap dokumen yang dikeluarkan kementerian. Tapi kementerian sendiri selesa keluarkan kenyataan media penuh berbahasa Inggeris tanpa terjemahan bahasa Melayu.
1
4
9
@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Aku proses kenyataan media Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, jadi aku tahu. Belum kira kementerian lain. Begitu juga di syarikat-syarikat swasta. Ada beberapa yang baik seperti Northport tapi kebanyakannya tak begitu.
1
4
8
@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Bahasa Melayu rendah nilai ekonomi kerana pilihan kita: kerajaan, korporat dan rakyat. Jangan salahkan situasi. Hebahan dalam bahasa Melayu yang mudah difahami perlu supaya sampai kepada rakyat seluruhnya. Rakyat tanpa kefasihan bahasa Inggeris juga layak tahu hebahan itu.
1
8
11
@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Ngugi Wa Thiong’o ketika diminta mengulas tentang karyanya yang dihasilkan dalam bahasa tempatan, bukan Inggeris tergelak sebelum menjawab. Katanya, dia liberal kerana menggunakan bahasa tempatan. Dengan bahasa tempatan, karyanya yang dituju kepada warga tempatan-
1
2
8
@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
-dapat dibaca lebih ramai warga tempatan. Berbanding jika ditulis dalam bahasa Inggeris, hanya dibaca sebahagian kecil warga tempatan. Itu karya fiksyen, belum lagi hebahan awam dan sebaran ilmu.
0
1
10