@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Peradaban kita dijajah beratus tahun. Ini kesan pemimpin yang diberi tandu kuasa tapi tak digunakan elok-elok. Boleh sampai negara dijajah. Dalam konteks zaman itu, negara tu gagal teruk. Dalam konteks zaman kita, gagal teruk bermakna apa akan jadi pada negara kita?
1
21
76

Replies

@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Ramai yang petik Tuah dan Jebat bila timbul hal tentang institusi diraja. Aku lebih suka kenang malang yang menimpa Bendahara Seri Maharaja dan Temenggung Hassan akibat tindakan Sultan Mahmud. Kesan peristiwa ini lebih jelas bagaimana kepincangan pemimpin boleh rosakkan negara.
9
1K
2K
@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Ini kisah pada hujung usia Melaka sebagai kerajaan berdaulat sebelum dijajah Portugis. Rujukannya Sulalatus Salatin. Aku bukan nak angkat Sulalatus Salatin sebagai dokumen sejarah, cuma nak cerita pengajarannya macam yang kita buat pada fiksyen lain.
1
8
67
@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Aku pun tak ingat semua. Hanya tulis apa yang aku ingat je. Melaka diserang Portugis dua kali dan dalam Sulalatus Salatin, serangan pertama berjaya dipatahkan. Semasa serangan pertama pemimpin perangnya Bendahara Seri Maharaja (Tun Mutahir), serangan kedua Bendahara Tepok.
1
5
40
@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Tun Mutahir tak lagi jadi Bendahara sebab dia dan seluruh keluarganya dihukum oleh Sultan Mahmud. Hukuman apa aku lupa. Semasa dihukum, anak Tun Mutahir, Temenggung Hassan nak melawan tapi Tun Mutahir halang. Akhirnya Melaka hilang Bendahara yang hebat.
2
5
34
@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Punca dia dihukum melibatkan fitnah yang disebar pada keluarga tu. Aku tak ingat sangat. Tapi dekat sini la Si Kitol berfungsi. Dia mengapi-apikan fitnah. Sultan Mahmud termakan fitnah tu sebab ada dendam kepada Tun Mutahir, pasal perempuan. Tak silap aku Tun Fatimah.
1
7
51
@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Kesan tindakan melulu Sultan Mahmud, Melaka hilang Bendahara yang baik dan diganti Bendahara Tepok yang tua (tepok bermaksud lumpuh dan bendahara ni literally lumpuh tak silap aku, bergerak pun orang kena tandu). Dan dengan kelemahan ini, Melaka kalah kepada Portugis.
1
4
43
@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Membaca peristiwa Tuah membunuh Jebat melalui perspektif sajak Korban Hang Tuah oleh SN Zurinah Hassan, aku boleh setuju dengan Tuah. Sebab Tuah cuba pertahankan kerajaan, bukan raja. Dalam konteks zaman itu, tanpa monarki negara huru-hara.
2
19
95
@inirondivu
KU SYAFIQ
3 years
Tapi kita perlu letak sempadan. Tanpa sempadan, kita akan bertindak macam Tun Mutahir yang halang Temenggung Hassan merusuh terhadap keputusan Sultan Mahmud. Kesannya tetap huru-hara dan negara tergadai.
2
19
79