@addien90s
addien90
1 year
Orang pernah kencing dalam masjid Nabi, Nabi Muhammad tak marah. Jenazah Yahudi melintas depan Nabi, Nabi berdiri daripada duduknya. Hamba Majusi travel jauh sebab nak belajar Islam, Nabi bebaskan. Apalah mudaratnya non Muslim nak berpuasa sebab nak experience dan mencuba?
36
8K
16K

Replies

@addien90s
addien90
1 year
Nabi berdebat dengan pendeta Nasrani siap izinkan mereka tumpang beribadat dalam masjid Nabawi sebab tak ada tempat lain. Menang debat pun Nabi tak paksa masuk Islam. Ingat wasiat Nabi: فإنما بعثتم ميسرين ولم تبعثوا معسرين “Kalian diutuskan untuk memudahkan bukan menyusahkan.”
1
408
1K
@addien90s
addien90
1 year
Tentera musuh Islam ketika berperang tiba-tiba nak kalah dia mengucap. Sahabat Nabi dengar tapi tetap bunuh sebab judge musuh tu tak ikhlas. Nabi sangat marah sampai kata: أفلا شققت عن قلبه حتى تعلم أقالها أم لا “Apakah kau sudah belah dadanya hingga tahu dia ikhlas atau tak?”
1
233
987
@addien90s
addien90
1 year
Tak mengapa mereka berpuasa sebab nak faham agama kita. Non Muslim nak masuk masjid nak belajar solat pun masjid kita bantu. Umar al-Khattab, Imam Fudhail bin Iyadh & ramai masuk Islam sebab dengar bacaan ayat al-Quran. Tugas kita beri tunjuk ajar, tunjuk contoh baik & galakan.
1
188
860
@addien90s
addien90
1 year
Dakwah ada tahap. Ada proses & fiqhnya. Kena fahami juga fiqh ta’ayush (fiqh co-existence) di Malaysia. Orang Islam sendiri ramai beribadat bukan sebab harap pahala, hanya adat kebiasaan semata. Tak munasabah nak tekan soal pahala kepada non Muslim yang baru nak mengenal Islam.
2
171
722
@addien90s
addien90
1 year
Tak salah nak ajak atau suruh non Muslim masuk Islam. Itu pun bahagian dakwah. Tapi kena tengok situasi, timing dan cara yang sesuai ketika berkata-kata. Nabi sangat cermat dan berhalus ketika ajak orang masuk Islam. Sabar ketika nak mengajar, menjelaskan tentang Islam. No rush.
2
107
560
@addien90s
addien90
1 year
Penting juga ilmu praktikal di lapangan dakwah. Sebab ilmu dalam kitab berbeza dengan alam realiti. Berapa ramai saudara mualaf kita yang diabaikan lepas orang “ajak-ajak” masuk Islam. Saya sendiri ada pengalaman pahit kenalan mualaf saya keluar Islam sebab rasa dizalimi.
1
83
456
@addien90s
addien90
1 year
Besar pahala bila dapat bawa hamba kembali kepada Islam. Tapi besar juga dosa bila kita ajak-ajak ayam lepastu tinggalkan mereka terkontang-kanting tanpa enough guidence & attention. Pengalaman banyak membuka mata. Jangan buat orang takut atau lari dari Islam disebabkan kita.
1
165
691
@Haniff_hamzah
Haniff Hamzah
1 year
@addien90s Terima kasih addien.
1
0
10
@addien90s
addien90
1 year
@Haniff_hamzah Sama-sama. Btw ni twitter baru saya. Twitter lama suspended 😂
0
0
18
@CeddyOrNot
Ceddy
1 year
@addien90s Kepada semua yang DM / tag saya mengenani post ini. @addien90s ada personally reached out to me to bagi kata kata semangat. He even asked about my experience during Ramadan and what I learned. I really appreciate him for doing this.
24
224
3K
@IWANJELA
NiHaa Iwan
1 year
@addien90s Org dulu ramai peluk islam tgk akidah dan keperibadian nabi Muhammad... Sbb kena follow al-quran dan sunnah
0
1
2
@atiiq_azman
Atiiq Azman
1 year
@addien90s golongan ekstremis mmng ada, tp pandangan dia x mwakili pandangan majoriti org islam pun...biar diorg dgn pandangan diorg tu....terpaling btul....
0
0
93
@akmalamen
meen
1 year
@addien90s Mula mula dia puasa. Lepas ni dia cuba cuba solat jumaat pulak.
14
1
7
@hanJumin__
相田ちゃん
1 year
@addien90s @realmjthd baca ni baik2. Fahamkan. Bukan ikut sedap hati je palatao.
0
0
8
@ItikRel
Rel🇲🇾🍉
1 year
@addien90s Ada kenalan saya yang bukan Muslim, masa bulan puasa, dia solat tarawih sama-sama siap ambil wuduk lagi 🙏
0
0
42
@Bryan58376943
BLEE7777
1 year
@addien90s Puasa tidak terhad kpd Muslim sahaja. Religion lain juga menggalakkan penganutnya berpuasa.
0
7
48
@HusbandNakal
BudakKampung
1 year
@addien90s orang melayu belum tentu islam. ada yg sekadar islam keturunan. islam satu dunia ada penganutnya. tak kira latarbelakang,warna kulit,keturunan. kita pun belum tahu masuk syurga @neraka . kita juga tahu jika non muslim sebelum meninggal mengucap 2kalimah syahadah dijaminkan syurga
1
4
22
@solehahazam
No-Soul
1 year
@addien90s Aku ada kawan influencer yg byk djemput ke mjlis2 dgn youtuber influencer lain. Dia ckp, non muslim sorg ni nk cuba puasa . Bila ditanya knpa? Sbb im a content creator. Tpi bgi aku xde msalah pn, ikut la dia niat smata nk konten ke ape. Hidayah tu tuhan bole bgi berbagai cara. 😌
1
0
7
@MissBella21
𝓁𝒶𝒹𝓎 𝓇ℴ𝓈ℯ #pleaseignoretheladypart
1 year
@addien90s Sebab dia ingat dia dah bagus sangat. Dah holier than thou. Konon nak bagi nasihat bukan sebab benci. Dia tahu apa dia tulis akan dpt kecaman so dia taip la macam tu kan. Orang gini la membusukkan lagi nama Islam. Elok² member dah berminat, jumpa dgn jenis gini, kurg da minat.
1
0
3