@ThePrecious___
Huda
10 months
Saya Anak Selangor! Hari ini terkesan dengan sikap tamak sebilangan masyarakat Malaysia. Umum tahu, ramai penghijrah dari luar yang datang ke lembah Klang bagi mencari pekerjaan. Ya. Mereka datang untuk mencari pekerjaan. Mengapa? Sebab kampung halaman mereka tidak dapat
5
0
2

Replies

@ThePrecious___
Huda
10 months
mencipta pekerjaan yang mereka mahukan. Namun, penghijrahan ini menyebabkan limpahan kesesakan di kawasan ini. Saya tiada masalah dengan perkara ini. Namun, apabila diusulkan agar peluang pekerjaan dicipta di negeri masing-masing agar limpahan kesesakan tidak dirasai hanya
0
0
0
@ThePrecious___
Huda
10 months
di sini, ramai yang marah! "Biarlah X mundur, kami tenang-tenang sahaja di sini, banyak tempat healing, dekat-dekat je" "Biarlah Y seperti itu. Kami nakkan suasana kampung bila pulang ke kampung"
0
0
0
@ThePrecious___
Huda
10 months
Saya sangat terkesan. Dahulu, saya ke sekolah jalan kaki, naik basikal pusing kampung. Main parit yang airnya masih jernih lagi. Kampung saya kini bukanlah selamat, selesa untuk buat semua perkara tersebut lagi. Anak Selangor ini bukan benci kepada penghijrah yang datang.
0
0
0
@ThePrecious___
Huda
10 months
Kami juga ingin tenang-tenang. Namun, kata-kata seperti ini sangat tamak. Mereka mengaut laba dari penghijrahan ini kemudian kembali ke halaman masing-masing untuk tenang-tenang. Adakah kami anak Selangor tidak perlu tenang-tenang?
0
0
1
@icyflak
Ameow
10 months
1
0
0